Monday, August 17, 2009

.Selamat Hari Lahir, Adikku sayang..


salam alaykum...
Duhai adikku sayang, hidayah..
Selamat mendaki satu lagi anak tangga usia..
Semoga meningkatnya usia makin mematangkan dirimu dalam menempuh hidup yg masih bersisa..
Panjatkanlah rasa syukur setingi-tingginya kepada Nya kerna memberi pinjaman usia ...

Sentiasa ingat ALLAH ada bersamamu...

Selamat hari lahir ku ucapkan untukmu,sayangku...
Di hari kelahiranmu,
Ku menanti penuh rindu
saat detik masa berlalu
tibalah hari yang ditunggu
di bawah cahaya rembulan..
bersinar wajahmu sayang
tiba lah tika engkau diraikan
moga dalam keredhaan Tuhan
ALLAH selamatkan kami semua
ALLAH selamatkan kamu
sungguh ceria suasana meriah
majlismu diraikan sanak saudara
teman2 sahabat rakan dan taulan
bersama berdoa dan bergembira
semoga ALLAH meredhaimu
semoga ALLAH merahmatimu
semoga ALLAH menyayangi
berbahagia selalu...
Ku hadiah sekalung doa
buatmu insan yang ku cinta
dipanjangkan umur ditetapkan iman
murah rezeki sejahtera hendaknya
ALLAH selamatkan kami semua
ALLAH selamatkan kamu...




.rapuh.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Sunday, July 26, 2009

.terbang layang-layangku.

25 July 2009
..Terbang layang-layangku terbang..


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamuaalaikum wbt..Hari ni..perjumpaan katibah Najmu yang pertama..Alhamdulillah..dengan izinNya..seawal 9 pagi..kami berkumpul di Auckland Domain..semua org nmpak bersemangat di pagi yg sejuk..(5 dgree tu.. )..perjumpaan bermula dgn sesi pertama..oleh ukhti Nana yang memberi intro tntang mksud Najmu (bintang) dan mengingatkan kembali tujuan dan matlamat manusia dimuka bumi ini iaitu sbgai khalifah dan beribadah kepadaNya..Then, tadabbur Al-Quran (22:75-78) bersama ukhti Lin..Pastu ktorg men game taaruf..Ditutup sesi ini oleh ukhti Ani dgn cerita Mus'ab bin Umair..

Usai tazkirah..ktorang mula buat layang2..jeng3..detik yg dinnti2kn semua..smbil2 buat layang2 ngn usrati2 baru..kami berbincang ttg apa yg boleh dikaitkan dgn layang2..

khusyuk menyiapkan 'ahmad'..layang-layang kami


yang tengah itu 'ahmad'

Sblm kami dilepaskn untuk test power layang2 msing2..ktorg kne bentang apa yg ktorg terlintas time buat layang2 ni..msing2 ada idea2 yg bernas..in the making of the layang2
  • rangka layang2-kalau pkai sebatang lidi,mungkin layang2 tu takkan kuat ditolak angin..so kita guna la 2 batang..ibarat hati kita..klo sorg2 mungkin kita tak kuat..so perlu ada hati2 lain yg support kita supaya tak rapuh bila diujiNya..
  • tali layang2-tali ini mengikat rangka layang2..makin kuat tali ni ikat rangka layang2,makin kuat la pembinaan sbuah layang2..kalau terputus tali ni..rebah ke bumi la si layang2..jadi,tali ni diibaratkan seperti ikatan ukhwah sesama kita..makin kuat ikatan ukhwah itu..makin kuat la umat islam ni..ssungguhnya kekuatan umat islam itu ada 3,pertama-iman,kedua-ukhwah dan ketiga-material..
  • kertas layang2-layang2 akan dihias cantik2..tp jgn hias lebih2 smpai berat layang2..nnti tkleh terbang..ibarat appearance manusia..biasanya,manusia akn dinilai melalui appearence dia dlu..dlm berhias kita hendaklah bersederhana..sbb manusia sendiri dh Allah ciptakan cantik..
  • pembuatan layang2 itu sendiri susah sebenarnya..nk kna tgk balance ke tak..ikatan tu kemas ke tak..rangka tu tahan ke tak..tp,layang2 tu kita tgk mcm simple je kan? kalau nk dibandingkan ngn penciptaan manusia yg dikurniakan deria,perasaan..fikiran..Subhaballah! tak tertanding hebatnya ciptaanNya..MasyaAllah!Akhirnya..tibalah msa tuk melepaskan layang2 masing2 keudara!


walaupun tinggi di atas..jangan pernah melupakan insan yang berada di bawah.


'ahmad' terbang tinggi..berpegang pada tali..
[sentiasalah berpegang teguh pada tali ALLAH]

...kerana brgsiapa yg ingkar pd Thaghut dan beriman pada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yg tidak akan putus...[Al-Baqarah(2):256]


.Dan ALLAH yang mempersatukan hati mereka(org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sungguh DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana...[Al-Anfal(8):63]






Sunday, June 21, 2009

.selamat hari bapa.




Erm...maafkan tikah, abah...kerana kesibukan ni..hampir terlupa yg hari ini merupakan hari bapa..selamat hari bapa, abahku syg..=)

terima kasih ..ya ALLAH..kerana mengurniakan seorang bapa yang sentiasa mengingatkan aku supaya tidak terpesong dari jalanMU...



terima kasih kerana telah berpenat lelah membesarkan dan mendidik tikah selama ini.

terima kasih kerana sentiasa menjadi penasihat tikah dalam menghadapi liku-liku hidup ini..

nasihat abah berguna dan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan...
terima kasih, abah kerana sentiasa memberi semangat dan menyokong segala keputusan dalam hidup tikah...

terima kasih kerana sentiasa memberi peluang untuk tikah membuktikan sesuatu perkara...

abah tidak pernah membiarkan tikah berputus asa sekiranya tikah gagal untuk mencapai sesuatu...

terima kasih, abah...semoga abah sentiasa berada dalam rahmatNya...

Ya ALLAH..Kau kasihilah abahku seperti mana dia mengasihi dan menyayangiku selama ini...

I love you so muchhhhhhhh........abah, doakan yang terbaik utk anakmu..doakan semoga anakmu sentiasa di jalan ALLAH s.w.t...


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah, Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Thursday, June 11, 2009

.saya sayang awak.



assalamualaikum,

maaf jika surat ini mengejutkanmu... sungguh aku tak tahan lagi memendam rasa hiba ini... hanya padaNYA, mampu aku luahkan.. moga Allah menyatukan hati kita, atas satu dasar, iaitu akidah!

teman,aku sedih.. sungguh aku tengah bersedih.aku terkejut dengan perubahanmu... andai perubahanmu itu kearah positif, tentu aku juga akan mengikuti langkah mu.. tapi, apa yg kulihat adalah sebaliknya. kau bukan yang aku kenal dlu! lain... hatiku menangis ketika mana mata ini menatap gambar-gambar mu yang sekarang.. tapi, aneh! ade senyuman yang terukir dibibirmu, seolah-olah kau gembira dengan apa yang lakukan itu...

teman,dulu kita penah sama-sama ke kelas pengajian ustaz.. dulu kita pernah sama-sama ke program ilmiah di dewan... dulu kita pernah sama-sama turun ke surau tak kala azan kedengaran... tapi, bagaimana sekarang?? adakah lambaian azan itu hanya didengar lesu?? sahutan program pengisian diri kau biarkan berlalu sepi... aku tahu, timbunan asignment menghalangmu, tapi teman... ketahuilah, setiap perbuatan dan niat yang baik dalam mencari ilmu Allah, Allah akan mempermudahkan segala-galanya... dengan izinNya..

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."-Al-Bazzar

"Sesiapa yg melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga."-Muslim


teman,bukan aku menghalangmu dari berkawan.. tidak! bukan itu niatku.. berkawanlah dengan sesiapa yang kau mahu.. yang baik dlm dirinya, kau ambillah jadikan pengajaran, yang buruk itu kau jadikanlah ia sebagai benteng... dan cubalah untuk menjaga batasan yang telah agama kita tetapkan.. nasihat yang ku titipkan ini, bukan ku tujukan buatmu semata, tapi buat diriku juga, untukku muhasabah diriku, kerna aku adalah hambaNYA yang lemah dan hina.

:::::Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok[sahih muslim]

teman..sungguh aku akui, aku juga insan yang lemah.. barangkali, aku juga tidak layak untuk memberi teguran padamu.. tapi, amanah dibahuku ini dirasakan sungguh berat.. perasaan bersalah makin menebal dalam diri ini andai aku tidak menasihatimu...

"...Kami telah menjadikan kamu "umat pertengahan"agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..."[2:143]"

Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?! Iaitu pada hari ketika seseorang sama sekali tidak berdaya(menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam Kekuasaan Allah" [82:16-19]

teman,terima kasihku ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca surat kasihku padamu, tanda sayangnya aku padamu.. telitilah kalam Pencipta untuk pedoman kita sebagai panduan di dunia yang sementara ini... moga Allah menitipkan cahaya hidayahNya ke dalam hatiku dan hatimu jua.. saya sayang kamu..

[dicopy dari email..terima kasih buat pengirim email ini..sungguh terharu..]....~semoga sentiasa dalam iman dan tsabat di jalan ALLAH~

Saturday, June 6, 2009

~Insan Utama~....Lelaki pilihan...=]

....saya suka lagu nie...comel...=]

Wednesday, June 3, 2009

.Final exam datang lagi.

Sedar tak sedar..final exam sem 1 tahun ni da dtg da~~..insyaALLAH esok 4 June bermula perjuangan pertama...diikuti 20, 24 & 26 June...

Semoga ALLAH permudahkan segala urusanku dan teman-teman seperjuangan...semoga alat dakwah ini dapat memantapkan lagi kami semua untuk mencapai matlamat utama...untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ciptaan ALLAH s.w.t..

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu "
[51:56]

"Dan ingatlah ketika TuhanMu berfirman kpd para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi...."[2:30]



Semoga kami semua sentiasa bersabar dan kuat semangat...ganbate sahabat-sahabat!!~~

" Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beruntung.."[3:200]
Kita tawakal pada ALLAH byk-byk ye...apa2 pun kita kena usaha jugak~ =]

"Dan kepada Allah, hendaklah orang-orang yang beriman itu sama bertawakkal,"[14:11]

"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka bertawakkallah kepada
Allah." [3:159]







P/s: di kesempatan ini..saya nk ucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat my best cousin, Abg Ja dgn zaujah tercinta, Kak Anis..Semoga diberkati ALLAH...=]
huhu..


...Mohd Hafiza Hafiz & Hanisah...