Friday, December 3, 2010

.Kita manusia terpilih.

Dalam kegelapan, Allah suluhkan cahaya..

" Di antara tanda cinta Allah ialah Dia menjadikan hamba-Nya hamba yang shalih. Jika kita dapatkan diri kita menuju pada keshalihan, meski di titik awal keshalihan, tetapi kita setiap hari selangkah maju menuju keshalihan itu. Maka itu adalah tanda cinta Allah - [Hati Sebening Mata Air, Amru Khalid] "


Thursday, December 2, 2010

.Doa Rabithah.

Andai ada rasa rindu, sampaikanlah rasa rindu itu kepada Pencipta rindu..moga rindu itu menemui mereka yang dirindu.. semoga Allah terbitkan rasa rindu yang tak pernah sudah..rindu yang mengalun bersama kalimah Allah. (^__^)




Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela...

.Muharrar.

Ia berkata kepada Allah s.w.t,
" (Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang muharrar ( shalih dan berkhidmat [di Baitul Maqdis]). Kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku..."[Ali Imran: 35]

Kata-kata dari seorang isteri yang solehah, isteri kepada Imran iaitu bapa kepada Maryam..dan Maryam ibu kepada Nabi Isa a.s...Lihatlah rentetan generasi soleh solehah..asalnya dari seorang ibu wanita solehah dan bapa yang soleh, melahirkan zuriat solehah dan akhirnya lahirlah seorang nabi. Keikhlasan beliau menazarkan anaknya yang dikandungkan untuk jalan Allah, untuk Allah semata sememangnya tidak sia-sia...

Tahukah apa yang dimaksudkan dengan 'muharrar'? - agar ia menjadi orang yang ikhlas kerana Allah.

Apakah anda menyedari kekuatan nadzar tersebut?

Apakah anda pernah menjumpai seorang wanita yang bernadzar sedemikian, saat hendak melahirkan?

Yang lisannya bernadzar," Wahai Rabbku, apa yang ada dalam rahimku akan lahir. Aku akan mendidiknya, ikhlas kerana-Mu. Aku tidak mengharap sesuatu pun dari didikan itu, kecuali agar Engkau terima ia kelak sebagai seorang yang mati syahid!"

Inilah kalimah ikhlas seorang ibu !


" Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang Muharrar ."




[mode: kembali membuka mata dan minda dan rindu muharrar]

Monday, May 3, 2010

.mengintai sebuah ketenangan di antara kekalutan.


Assalamualaikum w.b.t.
.kaku..bisu..buntu..sekian lama terdiam..sejenak berfikir..jari-jari kurniaan-Nya ini tidak menitip..tidak dibiarkan pena menulis..ku kira begitu lama..berbulan-bulan dibiarkan bersawang..biarlah..mungkin waktu "diam" waktu terbaik..

Alhamdulillah..tika diri ini diberi nikmat sakit..hati rasa terdetik untuk menulis..waktu "berehat" ini diri ini memberi peluang untuk pena menulis..
"Ya Allah, aku berlindung pada keagungan-Mu Ya Allah dari keburukan rasa sakit yang aku risaukan.."

Direnung kembali sepasang mata itu...memahami apa yang dirasai...
Semakin lama semakin sakit melihat air mata itu jatuh berderai-derai..jatuh tanpa diminta..mahu diseka..tapi biarkan ia berderai..moga air mata itu menghilangkan resah di hatimu...menghilangkan rasa takutmu..menghilangkan kerisauanmu itu...ya! air mata memberi kelegaan untuk hati kecilmu..menangislah sepuas-puasnya..mungkin air mata ingin berbicara denganmu dengan mengalir dari kaca mata indahmu itu....air mata ingin menemani kesedihanmu...ciptaan Allah ini tak ingin membiarkan dirimu sedih bersendirian...dia tunduk dan patuh pada perintah Allah..untuk jatuh berderai dari matamu..supaya hamba-Nya kembali mengingati-Nya..

Ya..Allah ada...Allah ada untuk mendengar keluhanmu...luahkan semua..ceritakan semua..Allah ingin mendengar suara lunakmu..merayu..merintih pada-Nya..ibadah "keluhan" ini memberi satu kepuasan dan kelegaan pada sekeping hati yang meronta-ronta untuk mengingati Allah..Allah tidak pernah bosan untuk mendengar. Kekayaan Allah tidak akan pernah habis ataupun berkurang kerana banyaknya permintaanmu....Allah s.w.t murka jika ada hamba-Nya tidak meminta pada-Nya...

Rasulullah bersabda: " Siapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan marah padanya. Maka hendaknya, seorang di antara kalian mengadukan segala urusan kepada Rabbnya, meskipun hanya tali sendal yang putus " (h.r Tirmidzi)

Diri ini hanya mampu menemani sedihnya..hanya mampu menyeka air matamu..hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dirimu...diri ini tahu tangisan itu bukan bermakna dirimu tidak redha atas segala ketentuan-Nya..tapi sebagai satu tanda bersyukur untuk bangkit semula selepas tersungkur..Kita berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidup ini..Jangan sekali-laki menyesali takdir Allah kersana Allah mungkin sengaja mentakdirkan begitu supaya DIA mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar untukmu...

Senyumlah kembali...diri ini merindui senyuman mu itu..

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan,
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian,
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan,
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan..

Ku menghimpun kekuatan ku memoho
n ketabahan,
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar,
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan,
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda...

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan..

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan,
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati,
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya,
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan....


[ Rimbun keampunan, Hijjaz ]



Tuesday, September 8, 2009

.Langkah tercipta.

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan.

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan..
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta.

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu.


Sunday, August 30, 2009

.Spring is coming.



Alhamdulillah..musim bunga sudah kembali..musim bunga yang mengiringi keberkahan bulan Ramadhan..sungguh indah..sungguh damai..sungguh tenang..




Friday, August 21, 2009

.Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan.



ust zaharudin-kesilapan muslim bulan ramadhan
his article was first published during Syaaban 1429H . It is still worth reading.

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh :
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah Al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat Lailatul Qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


  • Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith,


Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)

  • Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)

  • Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

  • Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.

Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

  • Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)

  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

  • Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. -Hadith reported by Al-Bukhari.
~Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan mengharapkan keredhaan daripada ALLAH s.w.t...mohon maaf di atas segala kesalahan..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..~