Thursday, June 11, 2009

.saya sayang awak.



assalamualaikum,

maaf jika surat ini mengejutkanmu... sungguh aku tak tahan lagi memendam rasa hiba ini... hanya padaNYA, mampu aku luahkan.. moga Allah menyatukan hati kita, atas satu dasar, iaitu akidah!

teman,aku sedih.. sungguh aku tengah bersedih.aku terkejut dengan perubahanmu... andai perubahanmu itu kearah positif, tentu aku juga akan mengikuti langkah mu.. tapi, apa yg kulihat adalah sebaliknya. kau bukan yang aku kenal dlu! lain... hatiku menangis ketika mana mata ini menatap gambar-gambar mu yang sekarang.. tapi, aneh! ade senyuman yang terukir dibibirmu, seolah-olah kau gembira dengan apa yang lakukan itu...

teman,dulu kita penah sama-sama ke kelas pengajian ustaz.. dulu kita pernah sama-sama ke program ilmiah di dewan... dulu kita pernah sama-sama turun ke surau tak kala azan kedengaran... tapi, bagaimana sekarang?? adakah lambaian azan itu hanya didengar lesu?? sahutan program pengisian diri kau biarkan berlalu sepi... aku tahu, timbunan asignment menghalangmu, tapi teman... ketahuilah, setiap perbuatan dan niat yang baik dalam mencari ilmu Allah, Allah akan mempermudahkan segala-galanya... dengan izinNya..

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."-Al-Bazzar

"Sesiapa yg melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga."-Muslim


teman,bukan aku menghalangmu dari berkawan.. tidak! bukan itu niatku.. berkawanlah dengan sesiapa yang kau mahu.. yang baik dlm dirinya, kau ambillah jadikan pengajaran, yang buruk itu kau jadikanlah ia sebagai benteng... dan cubalah untuk menjaga batasan yang telah agama kita tetapkan.. nasihat yang ku titipkan ini, bukan ku tujukan buatmu semata, tapi buat diriku juga, untukku muhasabah diriku, kerna aku adalah hambaNYA yang lemah dan hina.

:::::Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok[sahih muslim]

teman..sungguh aku akui, aku juga insan yang lemah.. barangkali, aku juga tidak layak untuk memberi teguran padamu.. tapi, amanah dibahuku ini dirasakan sungguh berat.. perasaan bersalah makin menebal dalam diri ini andai aku tidak menasihatimu...

"...Kami telah menjadikan kamu "umat pertengahan"agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..."[2:143]"

Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?! Iaitu pada hari ketika seseorang sama sekali tidak berdaya(menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam Kekuasaan Allah" [82:16-19]

teman,terima kasihku ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca surat kasihku padamu, tanda sayangnya aku padamu.. telitilah kalam Pencipta untuk pedoman kita sebagai panduan di dunia yang sementara ini... moga Allah menitipkan cahaya hidayahNya ke dalam hatiku dan hatimu jua.. saya sayang kamu..

[dicopy dari email..terima kasih buat pengirim email ini..sungguh terharu..]....~semoga sentiasa dalam iman dan tsabat di jalan ALLAH~

No comments: